Kanak-kanak Lelaki Terperangkap 10 Minit Dalam Mesin Basuh

KUALA LUMPUR – Gurauan melampau seorang bapa saudara mengakibatkan kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam mesin basuh pakaian di sebuah dobi layan diri di Rawang tengah malam tadi.

Difahamkan, kanak-kanak itu disumbat ke dalam mesin basuh oleh bapa saudaranya yang bergurau dengannya tanpa disedari ibu kanak-kanak berkenaan yang datang membasuh pakaian di kedai dobi itu.

Keadaan bertukar apabila pintu mesin basuh berkenaan tidak dapat dibuka menyebabkan kanak-kanak berkenaan terperangkap di dalamnya selama hampir 10 minit.

Malah, video kejadian itu yang berdurasi dua minit 46 saat turut tular di media sosial memaparkan beberapa individu cuba menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.

Kanak-kanak itu hanya dapat diselamatkan selepas beberapa individu yang berada di lokasi kejadian memecahkan cermin pintu mesin basuh berkenaan selepas usaha membuka pintu mesin itu tidak berhasil.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.