Ganja ‘Anugerah Allah’ Banyak Unsur Kesihatan, Kata Husam Musa

KUALA LUMPUR ― Senator Husam Musa berharap cadangan tanaman ganja untuk kesihatan dapat dilaksana kerana tumbuhan itu “dianugerah Allah”.

Beliau berkata ganja mampu merawat penyakit, malah Kanada, Jerman dan beberapa negari di Amerika Syarikat mahu memperkenalkannya tahun depan.

“Ia mempunyai unsur-unsur kesihatan yang sangat kaya dianugerahkan Allah,” kata naib presiden Parti Amanah Negara (Amanah) seperti dilapor Malaysiakini.

“Dari segi pengubatan kanser dia ada 36 elemen untuk perubatan kanser.”

Berkongsi padangan saintis Taiwan, Husam berkata ganja tidak membawa ketagihan dan penggunaannya lebih baik berbanding kimoterapi.

“Dan kanabis ini juga sangat berguna kepada perubatan HIV. Yang kita bincangkan adalah marijuana kesihatan,” kata bekas exco Kelantan.

Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar pada September mahu membuat perubahan undang-undang membabitkan ganja.

Isu hangat selepas pengamal perubatan alternatif Muhammad Lukman, 29, dijatuhi hukuman mati kerana memiliki ganja pada 30 Ogos lalu. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.