Dirogol Suami Sekeluarga Di Malam Pertama

KUALA LUMPUR – Hari bahagia seorang wanita bergelar isteri bertukar apabila seorang wanita yang baru berkahwin mendakwa dirinya dirogol oleh suami dan saudara-maranya pada malam pertama perkahwinannya.

Balai polis wanita Kurukshetra, India telah mendaftarkan kes terhadap suaminya, adik ipar, abang ipar, ibu dan bapa mertua, kakak ipar serta empat yang lain yang tidak dikenali, berdasarkan aduan yang difailkan oleh bapa wanita berkenaan.

Pegawai di Balai Polis Kurukshetra, Inspektor Sheelavanti telah mengesahkan pendaftaran FIR (First Information Report).
.
“Kes itu telah dipindahkan kepada kami dari Balai Polis Kurukshetra yang telah mencatatkan FIR. Menurut aduan, wanita itu dirogol beramai-ramai pada 13 dan 14 September.
.
“Kami telah membuat pemeriksaan perubatan dan sampel telah dihantar untuk satu ujian makmal,” katanya.

Menurut aduan, wanita berusia 22 tahun itu berkahwin pada 12 September. Pada malam 13 September, dia diberi minuman keras oleh suaminya dan saudara-saudaranya.

Dia dikurung di dalam sebuah bilik ketika tidak sedarkan diri. Adik dan abang ipar wanita itu merogolnya pada 13 September.

Seperti yang dirancang oleh suaminya, bapa, ibu dan kakaknya serta empat ahli petapa tantrik dipanggil untuk mengadakan upacara ‘pooja’ pada 14 September, yang mana kemudian turut merogol wanita itu beramai-ramai.

Tertuduh juga dikatakan mengancam untuk membunuh wanita tersebut.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.