“Cantik Gambar Keluarga”, TMJ ‘Puji’ Syed Saddiq

SHAH ALAM – Selepas dikatakan menulis  ‘tweet’ untuk menghentam Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersabit isu ‘kesempurnaan’ (perfectionist), terbaru Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melontarkan ‘pujian’ pula kepada Menteri Belia dan Sukan itu.

Pada mulanya Syed Saddiq membalas ‘teguran’ Tunku Ismail dengan menyatakan seseorang tidak akan bergerak ke depan jika sentiasa memandang ke belakang.

“AMPUN Tunku. If we keep on looking backwards, we will never be able to move forward. Patik will always pray for Tunku’s wellbeing,” tulis Syed Saddiq. 

(Ampun Tunku. Jika kita sentiasa memandang ke belakang, kita tidak dapat bergerak ke hadapan. Patik sentiasa mendoakan kesejahteraan Tunku).

Membalas kepada ‘tweet’ tersebut, Tunku Ismail berkata beliau senada dengan pendapat berkenaan sambil turut melontarkan ‘pujian’ berhubung sekeping gambar Syed Saddiq yang dikelilingi cucu-cucu Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

 

Beberapa hari lalu media melaporkan Tunku Ismail tidak setuju dengan pujian Syed Saddiq terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘perfectionist.’

“Perfectionist? It’s either you’re delusional or obsessed. You were still in your mother’s belly, kid. Do some research,” catat Tunku Ismail dalam Bahasa Inggeris, pada status di Twitter rasminya.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, status itu seolah-olah ditujukan kepada kenyataan Syed Saddiq, yang menggelarkan Dr Mahathir ‘perfectionist’ di laman sosial Facebook.

Posting Syed Saddiq otu sebagai menepis kritikan bahawa ucapan Perdana Menteri di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini, adalah mengikut skrip.

Menurutnya, sepanjang pengalamannya bekerja dengan Dr Mahathir, Syed Saddiq berkata, Dr Mahathir adalah tuan kepada kerjanya sendiri. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.