BERSIH Perlu Adil, kata Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkemungkinan akan dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan setelah laporan yang dibuat oleh BERSIH mendakwanya berkempen pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis 4 Ogos yang lalu mempertikaikan keadilan NGO itu.

Katanya, calon PKR Zawawi Ahmad Mughni pada tempoh berkempen telah melakukan kesalahan apabla berkempen di dalam sebuah sekolah, justeru Najib mempersoalkan adakan BERSIH telah membuat laporan terhadap parti itu atau sebaliknya.

“Saya juga mahu tahu jika BERSIH telah membuat laporan-laporan polis yang sama terhadap PKR dan calon Sungai Kandis (Mohd Zawawi Ahmad Mughni) yang BERSIH sendiri pernah mendakwa telah melakukan kesalahan yang agak teruk semasa pilihanraya kecil itu,” tulisnya pada Facebooknya.

Tambahnya BERSIH itu tidak wajar untuk menyebelahi sebelah pihak sahaja.

“Ini merupakan peluang baik untuk NGO dan pihak kerajaan untuk membuktikan bahawa mereka berlaku secara adil dan tidak berat sebelah,” tambahnya.

BERSIH membuat laporan polis apabila Najib didakwa membuat kenyataan ditakrifkan sebagai berkempen pada pagi hari pengyundian PRK Sungai Kandis menerusi Facebooknya.

Terdahulu BERSIH pada 29 Julai lalu berkata tindakan PKR berkempen di sebuah sekolah rendah perlu disiasat. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.