Banjir Kilat Depan IOI Mall Hala Ke Puchong Perdana

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berpanjangan yang berlaku petang Selasa di sekitar Lembah Kelang menyaksikan beberapa jalan utama dlimpahi air.

Laluan berhampiran pusat beli-belah IOI Mall, Setiawalk berhampiran Bandar Puteri menghala ke Puchong Perdana dilanda banjir kilat.

Menerusi video yang dikongsi oleh netizen, beberapa kenderaan juga dilaporkan terkandas akibat air yang melimpah di tengah jalan berkenaan.

Orang ramai yang ingin menggunakan laluan terbabit dinasihatkan menggunakan laluan alternative untuk sampai ke destinasi masing-masing. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.