Isa Samad Yakin Menang Ke? Tanya Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Berkempen, turun padang berjumpa dengan rakyat bertanyakan kehendak dan keperluan serta aspirasi mereka merupakan pelengkap kempen, bukan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sedar tidak mudah untuk mendapat tempat di Port Dickson.

Kata Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani ia merupakan legasi politk baharu yang mengutamakan keterampilan calon sendiri sebagai yang bertanding untuk dinilai oleh pengundi.

“Politik baharu adalah legasi baharu memerlukan keterempilan ahli politik yang nak bertanding bercerita dengan rakyat, mendengar aspirasi rakyat.

“Kita berkempen satu prosuder melengkapkan aturcara menuju kepada kemenangan jadi kalau kata bukan mmudah tidak Anwar, ia tidak timbul,” katanya.

Abdullah Sani turut berseloroh menyindir Isa sebagai calon Bebas yang yakin akan memenangi pertandingan tujuh penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 13 Oktober nanti.

“Jadi kita nak tanya Isa Samad, turun ke (turun padang ke)? Yakin menang ke?,” katanya lagi.

Isa terdahulu dipetik sebagai berkata bahawa  kawasan itu Parlimen bukan laluan mudah untuk Anwar apabila kelihatan pemimpin PKR itu disifatkannya beriya-iya berkempen.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.