Wanita Ubah Wajah Jadi Hasil Seni Buat Netizen Kagum

Seorang jurusolek artis solekan menggunakan bakatnya untuk menghasilkan kesan ilusi optik menakjubkan yang mengubah wajahnya menjadi hasil seni yang ada kalanya mengerikan.

Mimi Choi, 31, dari Kanada, hanya menggunakan peralatan solek dan sering memuat naik video di Instagram untuk membuktikan kepada 388,000 pengikutnya yang dia tidak mengubah gambarnya secara digital.

LUKISAN lubang pada wajah Mimi nampak realistik.
Bukan sekadar mengerikan, sebaliknya kebanyakannya solekan pilihannya mengandungi tujuan tersembunyi iaitu bagi membantunya mengatasi masalah keresahan serta kelumpuhan tidur seterusnya ‘lukisan’ membantunya meluahkan perasaan dan kreativiti yang terbuku dalam dirinya.

MIMI mencipta ilusi optik ini hanya menggunakan pembayang mata.
Bekas guru itu turut menawarkan tutorial di sekitar kawasan kediamannya di Vancouver untuk rakan artis solekan lain mempelajari tekniknya.

Mimi mengakui keaslian karyanya sering dipersoalkan dengan ramai menuduhnya menggunakan perisian seperti Photoshop untuk menghasilkan imej berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.