Universiti Arab Saudi Akan Buka Kelas Memandu Wanita Pertama

RIYADH – Sebuah universiti di Arab Saudi menyatakan bahawa ia akan menubuhkan sekolah memandu untuk wanita, sekolah pertama seumpamanya selepas larangan memandu terhadap wanita ditarik balik.

“Universiti Puteri Nourah sedang melakukan persediaan untuk membuka sebuah sekolah memandu dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan,” kata universiti wanita itu kelmarin.

Universiti Puteri Nourah mempunyai lebih 60,000 pelajar perempuan di Riyadh dan bandar-bandar lain di Arab Saudi.

Arab Saudi mengumumkan pada Selasa lalu bahawa ia akan membenarkan wanita memandu di bawah pe­rintah diraja bermula Jun 2018 sekali gus mencetuskan ke­gembiraan aktivis-aktivis yang sudah lama berkempen menentang larangan tersebut.

Negara Teluk itu adalah yang terakhir di dunia melarang wanita memandu.

Keputusan bersejarah pada Selasa lalu itu dijang­ka mendorong ramai wanita Arab Saudi memasuki dunia pekerjaan dan menggalakkan pasaran kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.