Trump Lawat Asia Pada November

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan me­ngadakan lawatan rasmi ke beberapa negara Asia termasuk Jepun, Korea Selatan, China, Vietnam dan Filipina pada November depan yang merupakan kunjungan kali pertama sejak mengambil alih pentadbiran AS, kata White House kelmarin.

Trump akan turut membawa isterinya, Melania dalam lawatan yang dijangka pada 3 hingga 14 November ini, lapor Kosmo.

Beliau akan hadir pada dua sidang kemuncak, Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Vietnam dan Persatuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Asia Tenggara di Filipina.

Seorang pegawai AS berkata, beberapa pemimpin Asia yang me­nemui Trump pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York minggu lalu memintanya supaya mengunjungi negara-negara sekutunya.

Sementara itu, seorang diplomat Asia menyambut baik keputusan Trump untuk melawat Manila kerana ia memberi jaminan kepada wilayah tersebut bahawa dasar Asia bukan sahaja tertumpu mengenai Korea Utara sebaliknya ia membabitkan semua negara Asia Tenggara.

Setiausaha Luar Filipina, Alan Peter Cayetano berkata bahawa Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berhasrat untuk bertemu dengan Trump walaupun hubungan antara kedua-dua negara berkenaan terjejas susulan daripada kempen perang terhadap dadah.

“Penglibatan Trump mampu memperkukuhkan penyelesaian antarabangsa terutamanya ancaman Korea Utara,” kata White House ketika mengumumkan mengenai lawatan Trump itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.