TIdak Tahan Didera Keluarga, Warga Singapura Ini Lari Tinggal Di Indonesia

Seorang warganegara Singapura Durga Devi Kandasami (26) terpaksa tinggal di Indonesia di Kampung Bandengan, Daerah Kendal, setelah dianiaya oleh keluarganya di Malaysia.

Durga memberitahu dia sering dipukul dan didera oleh sepupunya semasa tinggal di Malaysia. Wang hasil dari kerja kerasnya sebagai buruh selalu diambil oleh sepupunya secara paksa. Jika wang tersebut habis, Durga pasti akan dipukul oleh sepupunya.

Gara-gara tidak tahan, wanita keturunan India ini lari pada hari Jumaat (12/5/2017) yang lalu.

“Saya tidak tahan lagi kerana dipaksa bekerja dan saudara saya hanya mahukan wang saya, hampir setiap hari saya dipukul,” cerita Durga.

Tetapi malangnya, Durga tidak tahu kemana dia harus pergi. Dia juga tidak mempunyai wang. Durga hanya dapat menangisi nasibnya di Pelabuhan Tanjung Balai Karimun, Kepulauan Riau.

Durga beruntung kerana bertemu dengan Titin Sumarni (44) yang mahu pulang ke Indonesia pada waktu itu. Titin memberitahu bahawa dia melihat Durga di hujung pintu masuk Pelabuhan Tanjung Balai Karimun sambil menangis. Dia menegur dan menanyakan keadaan Durga Pada waktu itu

Selepas mendengar cerita Durga, Titin berasa sedih dan menawarkan Durga untuk mengikuti dia pulang ke Indonesia.

“Saya merasa bersalah melihat dia menangis dan tidak tahu ke mana hendak pergi, jadi saya menawarkan untuk tinggal di rumah saya untuk sementara waktu,” katanya

Titin sudah menganggap Durga seperti saudaranya sendiri. Selama lima bulan tinggal di rumahnya, Durga menunjukkan tingkah laku yang baik dan tidak pernah meninggalkan kampung itu.

“Dia seorang yang peramah dan sukakan kanak-kanak,” kata Titin.

Walau bagaimanapun, Titin sering melihat Durga menangis kerana merindukan ibunya yang tinggal di Singapura. Tetapi malangnya, Durga tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk pulang.

“Jika kerajaan mahu bantu menghantar dia pulang jangan dipulangkan kepada saudara sepupunya nanti dia akan dipukul lagi,” pesan Titin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.