Syed Saddiq Dicabar Segera Lapor Tawaran Rasuah RM5 Juta

Ketua Armada PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak perlu memberi pelbagai alasan untuk melindungi kepincangan dalaman parti dengan mendakwa pemimpin PPBM ditawarkan jutaan ringgit untuk meninggalkan parti.

Penganalisis politik/ blogger Lim Sian See berkata, Syed Saddiq sewajarnya melaporkan perkara berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Syed Saddiq megadakan sidang media penuh hiba pagi tadi dan mendakwa beliau ditawarkan RM5 juta untuk meninggalkan Cap Bunga (PPBM).

“Beliau juga mendakwa pemimpin seperti Cikgu Kamarul, Hamidah, Anina dan Exco pemuda juga mendapat tawaran sama dan mengambilnya.

“Beliau mendakwa ianya adalah dari orang Pejabat PM dan beliau mempunyai bukti yang hanya akan didedahkan sekiranya ahli keluarga beliau diancam,” ujar LSS.

Jelasnya lagi, Syed Saddiq seharusnya membuat laporan polis dan SPRM dengan kadar segera.

“Tolonglah. Jangan melindungi orang bersalah dan menyembunyikan bukti.

“Saya percaya Cap Bunga sengaja membuat dakwaan ini sebagai alasan mengapa Kamarul, Hamidah, Anina, Ezam, Exco pemuda dan lain-lain keluar parti.

“Hal ini semakin menarik tetapi kami semua mahukan bukti dakwaan Syed Saddiq,” ujar LSS lagi.

Pertelingkahan dalaman parti mula timbul beberapa bulan selepas penubuhan PPBM apabila orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Khairuddin Abu Hassan meninggalkan parti dipercayai tidak sehaluan dengan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Langkah Khairuddin diikuti salah seorang daripada tujuh pengasas PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kamarul.

Syed Saddiq sebelum ini pernah mendakwa Cikgu Kamarul mendapat pelbagai tentangan dan ancaman termasuk ke atas isterinya, namun Kamarul menegaskan keputusannya keluar PPBM disebabkan amalan kronisme melampau oleh Dr Mahathir dan Muhyidin.

“Saya pernah menyatakan kebimbangan tentang kurangnya kualiti dalam PPBM kerana ramai yang kejar jawatan. PPBM telah mempergunakan penggerak awal dalam mendapatkan sokongan parti.

“Mereka ini habiskan wang ringgit sendiri untuk gerakkan parti. Tapi bila tiba masa ketua bahagian hendak dipilih, mereka ini telah diketepikan,” katanya Kamarul kecewa.

Sementara Exco Armada PPBM, Mohamad Taufik Abas dipecat kerana bertanya mengenai kekayaan luar biasa Dr Mahathir dan anak-anaknya, Hamidah dan Anina pula meninggalkan parti disebabkan kronisme serta kebiadapan Syed Saddiq yang tidak menghormati pemimpin dan orang tua. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.