Remaja Tekad Jadi Bapa dan Bekerja Pada Usia 18 Tahun, Buat Netizen Kagum

Zaman remaja adalah zaman yang sangat beharga bagi semua orang. Pada masa itulah seseorang akan beranjak dari zaman kanak-kanak menjadi lebih dewasa dan mencuba hal-hal yang baru.

Lain pula dengan kisah seorang pemuda yang berasal dari Filipina ini. Cerita hidupnya menjadi tular sehingga mendapat perhatian netizen.

Kejadian ini bermula apabila dia memuat naik kisahnya melalui akaun Facebook pada 28 September lalu. John Mark Diesta adalah seorang remaja berusia 18 tahun. Dia masih belajar di sekolah menengah. Walau bagaimanapun, perjalanan hidupnya bukanlah seperti kebanyakan remaja seusianya.

Diesta John Mark Diesta

Diesta telah menjadi seorang bapa pada usianya yang belum pun mencapai 20-an. Dari apa yang telah dimuat turun di Facebook, Diesta menunjukkan gambarnya yang sedang memakai baju sekolah, gambar bekerja dan gambar sedang memberi susu pada bayi.

Semasa mendapat berita dia akan menjadi bapa, usia Diesta pada masa itu baru 17 tahun. Bagi kebanyakan remaja, berita ini boleh menjadi penghujung masa depan bagi mereka.

Namun Diesta menerima berita ini dengan tenang. Dia berfikir bahawa tidak semua lelaki mempunyai tanggungjawab serta masalah seperti yang dihadapinya.

Walaupun Diesta sering dikatakan sebagai bapa muda, dia tidak takut menghadapi kehidupannya. Dia bersedia menerima semua perkara yang akan berlaku. Diesta tidak pernah menyesal apa yang dilakukannya, kerana dia merasa bertanggungjawab.

Pemuda ini juga tidak mahu anak itu membesar dan merasakan bahawa dia tidak diperlukan. Diesta sedar bahawa tanggungjawabnya besar. Dia juga mengakui hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk berehat, tetapi dia tidak pernah berputus asa.

Facebook/John Mark Diesta

Dieta mengatakan bahawa keluarganya selalu ada untuknya. Dia juga mendedahkan bahawa dia akan segera berkahwin dengan ibu kepadai bayinya. Lalu bagaimana caranya Diesta menyara keluarganya nanti?

Hakikatnya, Diesta bukan hanya dilatih untuk menjadi seorang bapa, tetapi juga seorang pekerja. Remaja ini juga sudah bekerja sebagai di pusat aduan atau call center pada malam hari.

Kisah Diesta ini jadi viral dan sudah dikongsi lebih daripada 5 ribu kali.

Ramai netizen yang kagum dan tabik dengan dedikasi Diesta sebagai seorang lelaki.

Meskipun usianya masih sangat muda namun dia berkerja keras untuk menjadi seorang  ayah yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.