Perubahan Persepsi Dr Mahathir Terhadap DAP ‘Sukar Untuk Diterima’ – Malaysia Today

Tulisan asal oleh:
Malaysia Today, 1 Oktober 2017

(Bernama) – Kenyataan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, bahawa beliau telah menyedari persepsi beliau terhadap DAP adalah salah telah menimbulkan banyak persoalan dan sukar diterima, kata bendahari Umno, Salleh Said Keruak.

Jika Dr Mahathir menyedari bahawa persepsinya terhadap DAP selama ini adalah salah, kenapa beliau tidak memohon maaf kepada Lim Kit Siang dan parti itu semasa pelancaran Pakatan Harapan di Tampoi pada hari Jumaat, tanya Salleh.

“Jelas sekali, Dr Mahathir tidak menunjukkan sebarang penyesalan atas ‘kesalahan’ persepsi beliau terhadap DAP sebelum ini. Melihat kepada ini, bolehkah kita menerima pandangan politik Dr Mahathir hari ini? Bagi saya, tentu saja tidak,” katanya dalam catatan blog hari ini.

Menteri komunikasi dan multimedia itu berkata ucapan Dr Mahathir pada majlis itu menimbulkan beberapa persoalan.

“Sekiranya beliau sedar bahawa persepsi beliau terhadap DAP adalah salah, kenapa tidak bubarkan Bersatu dan sertai DAP untuk membentuk parti berbilang kaum yang bukan cauvinis?

“Jika Dr Mahathir mengakui bahawa persepsinya terhadap DAP sebelum ini adalah salah, maka apakah jaminan bahawa persepsi beliau tidak salah kali ini?

“Adakah baru sekarang Dr Mahathir menyedari bahawa DAP juga mempunyai ahli Melayu dan India?

“Sekiranya sebelum ini, beliau tidak dapat menerima politik ‘Malaysian Malaysia’ DAP, adakah beliau kini menerima perjuangan DAP?itu ”

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/dr-mahathirs-change-in-perception-of-dap-hard-to-accept/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.