Pengguna WhatsApp Kecam Motosikal Langgar Lari Pejalan Kaki

Satu video cctv jalan wanita dilanggar motor menjadi tular di aplikasi whatsapp.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di satu kawasan di Pulau Pinang.

Menerusi video berdurasi 00:29 saat itu menunjukkan wanita itu melintas sambil berlari dan tidak nampak motor yang berada di celah kereta.

Tidak lama selepas itu, wanita terbabit dilanggar dan dan dimarahi pemandu motor sebelum meninggalkan wanita yang terjatuh itu dengan begiu sahaja.

Ramai pengguna aplikasi itu yang mengecam tindakan lelaki terbabit yang langsung tidak membantu dan mengendahkan mangsa wanita itu.

Ada juga yang meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang kepada penunggang motosikal terbabit.

SuaraTV masih mendapatkan maklum balas dari jurucakap polis berhubung insiden tersebut.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.