Mahathir Akan Senasib Mat Taib, Kembali ‘Berdosa’ Jika Keluar Pakatan – Shamser Singh

“Segala dosa-dosa Dr Mahathir akan disenaraikan semula oleh Pakatan Harapan apabila beliau kembali ke UMNO,” kata bekas aktivis DAP Shamsher Singh Thind membidas kerjasama bekas Perdana Menteri itu bersama bekas musuhnya dari DAP, Lim Kit Siang.

Berkata lanjut, Shamsher menegaskan bahawa, Dr Mahathir akan menerima nasib sama seperti bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohamad Mohamad Taib, yang kembali menyertai UMNO selepas satu penggal bersama pembangkang.

Mohamad pada 2013 mengumumkan keluar UMNO dan menyertai PAS sebelum lompat parti ke dalam PKR beberapa tahun kemudian.

Sekembalinya beliau bersama UMNO baru-baru ini, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Tyson, kembali diserang Pakatan Harapan antaranya mendesak kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ‘mini’ menyiasat skandal beg berisi duit pelbagai mata wang bernilai US$1 juta pada 1996.

Isu berkenaan menjadi punca kepada pemecatan Mat Tyson dari jawatan Menteri Besar Selangor.

“Tengoklah apa yang berlaku dalam kes Mat Taib,” kata Shamsher.

Amaran tersebut dikeluarkan beliau selepas timbul dakwaan bahawa beliau kini adalah penyokong (macai) Barisan Nasional (BN) ekoran kerap mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam pakatan pembangkang setelah keluar dari DAP.

“Mereka kata saya kutuk Dr Mahathir MOhamad tapi tak kutuk Najib Razak. Saya nak tanya mereka, kenapa mereka boleh memaafkan Dr Mahathir? Mereka boleh benci Najib, tapi kenapa mereka boleh menyukai Dr Mahathir sampai menjadikan dia ketua pembangkang?

“Kalau Dr Mahathir adalah baik selama ini, maka Lim Kit Siang telah berbohong dan mengelirukan rakyat Malaysia. Kit Siang harus meminta maaf. Kalau Dr Mahathir adalah jahat maka dia harus meminta maaf. peliknya, dua-dua pun tak minta maaf,” ujarnya dipetik status Facebok beliau.

Senada dengan Shamsher, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak juga membidas Dr Mahathir yang masih enggan meminta maaf diatas segala tohmahan dilemparkan ke atas DAP selama beliau bersama BN.

“Mahathir sama sekali tidak menunjukkan kekesalannya tentang kesilapan persepsinya terhadap DAP sebelum ini. Melihat kepada hal ini, bolehkah kita terima pandangan politik Mahathir hari ini? Bagi saya, tentunya tidak,” kata Salleh.

Salleh dipetik blognya berkata, Dr Mahathir baru-baru ini mengakui bahawa label ‘DAP chauvinis’ diciptanya adalah silap ekoran pelbagai petunjuk amalan parti DAP tidak menunjukkan parti berkenaan rasis seperti keanggotaan pelbagai kaum serta ucapan dan lagu parti didalam Bahasa Melayu.

Ekoran ‘U-turn’ Dr Mahathir mengenai persepsi terhadap DAP, Salleh kemudiannya mengemukakan lima soalan:

i. Jika sudah menyedari persepsinya tentang DAP adalah salah, kenapa tidak bubarkan sahaja PPBM dan sertai DAP bagi membentuk parti pelbagai kaum yang tidak chauvinis?

ii. Jika Mahathir mengakui tanggapannya terhadap DAP sebelum ini silap, maka apakah jaminannya yang tanggapannya tidak silap lagi kali ini?

iii. Apakah baru sekarang Mahathir sedar DAP juga mempunyai ahli Melayu dan India?

iv. Jika dahulu Mahathir tidak boleh menerima politik ‘Malaysian Malaysia’ DAP, adakah sekarang beliau telah menerima perjuangan DAP ?

v. Setelah menyedari persepsinya terhadap DAP selama ini salah, kenapa sahaja tidak minta maaf kepada Kit Siang dan DAP? Lagi pun Kit Siang ada bersama dalam majlisnya di Tampoi tersebut. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.