Lelaki Tambah Isteri Dengan ‘AyoPoligami’

BOGOR – Seorang pembangun aplikasi telefon pintar Indonesia memperkenalkan aplikasi ‘AyoPoligami’ untuk memudahkan lelaki berpoligami.

Lindu Pranayama tampil dengan ilham itu apabila mendapati kebanyakan laman mencari jodoh tidak menyediakan perkhidmatan untuk lelaki yang sudah beristeri berkahwin lagi.

“Bila mereka menyertai laman mencari jodoh yang sedia ada, mereka tidak menemui pilihan untuk poligami.

“Mereka tidak menjumpai pilihan untuk mencari isteri kedua, ketiga atau keempat,” katanya, lapor BH.

“AyoPoligami’, aplikasi telefon pintar baharu yang dibangunkan Pranayama membuka ruang untuk lelaki dan wanita yang ingin mempunyai ‘keluarga besar’.

Aplikasi itu mencetuskan kontroversi di Indonesia sejak ia dilancarkan pada April lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.