Lelaki Ini Tawarkan Perkhidmatan Pembersihan Bola Mata Pakai Pisau, Ada Yang Berani Cuba?

Kita sering mendengar Barber Shop yang menawarkan perkhidmatan potong rambut atau cukur rambut. Tetapi anda pasti belum pernah dengar perkhidmatan membersihkan mata dengan pisau.

Namun hal ini benar-benar berlaku di China. Barber di sana menawarkan perkhidmatan ‘pencukur mata’ kepada pelanggannya. Hal ini tentu mengejutkan dunia dan menimbulkan perdebatan semua orang selepas videonya tersebar di media sosial dan menjadi viral.

Menurut kepercayaan Sichuan purba ini, membersihkan mata membuat kita dapat melihat indahnya kehidupan dengan lebih jelas. Yang menghairankan ada juga orang yang percaya pepatah kuno itu dan bersedia membersihkan mata mereka menggunakan pisau!. Amalan kuno tersebut dipanggil “pisau pembersihan mata”.

Jasa pembersihan bola mata pakai pisau.

Kaedah yang dianggap sebagai  sebahagian dari budaya China sejak zaman kuno ini , cukup mengerikan, iaitu dengan mengorek bola mata dan kelopak mata seseorang menggunakan peralatan yang tajam.

Kemahiran ini dipopularkan oleh dua saudara lelaki, iaitu Zhou Chengfu dan Zhou Chengyin. Mereka mengikuti jejak langkah bapanya dan dianggap bagus dalam perkhidmatan mata, telinga dan leher.

Namun selepas video dan gambar-gambar tersebut menjadi viral, ramai orang yang tidak menyangka ada juga orang yang sanggup membiarkan mata mereka ‘dibersihkan’ dengan cara seperti itu.

Jasa pembersihan bola mata pakai pisau.

Gambar di atas menunjukkan tukar cukur sedang membersihkan mata pelanggan mengunakan pisau.

Tukang cukur tersebut, Liu Deyuan, 53 telah menjalankan perniagaan pembersihan mata ini selama 7 tahun. Dia menawarkan perkhidmatan pencukur kepala dan mata hanya pada harga RM3.

Sebelum dia mula mengorek mata pelanggannya , Liu mencuci pisau tajamnya itu hanya menggunakan air. Dia membuka mata mereka dengan tangan kiri dan tangan kanannya memegang pisau dan melakukan ‘pembersihan’ kebahagian depan dan ke belakang dalam kelopak mata dan bebola mata mereka.

“Dia kemudian mengambil tongkat logam dan meletakkannya di bawah kelopak mata orang itu. Kemudian dia alihkannya ke kiri dan ke kanan dan mengulangi proses yang sama sehingga selesai.

Proses pembersihan mata keseluruhan ini mengambil masa kira-kira 5 minit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.