Lebih 460 Orang Cedera Di Catalonia

MADRID – Lebih 460 orang dilaporkan cedera dalam insiden kekacauan di seluruh Catalonia, semalam, ketika pihak polis bertempur dengan orang ramai yang berkumpul bagi menyokong pungutan suara yang diadakan.

Pungutan suara itu diadakan bagi membolehkan Catalonia mendapatkan kemerdekaan dari Sepanyol, namun ia dianggap tidak sah oleh Madrid.

“Saya selaku Datuk Bandar Barcelona mendesak pihak polis supaya menamatkan tindakan ganas terhadap rakyat yang tidak berdaya,” kata Ada Colau dalam satu kenyataan, lapor BH.

Dalam satu kenyataan berasingan, perkhidmatan kesihatan Catalan mengesahkan 465 orang cedera dan dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.