Kumpul Patung Beruang, Nenek Diiktiraf Guinness World Records

Obsesi seorang nenek yang gemar mengumpul patung beruang telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai pengumpul patung teddy bear terbanyak dunia.

Berasal dari Dakota Selatan, wanita berusia 68 tahun yang dikenali sebagai Jackie Miley ini telah mengumpul sebanyak 8,025 patung beruang sejak dari tahun 2000.

Menariknya, koleksi teddy bear beliau bukan saja dari serata Amerika Syarikat malah ada yang diperolehi daripada 29 negara lain di dunia.

Semua patung teddy bear miliknya itu disimpan di sebuah rumah yang diberi nama ‘Teddy Bear Town’.

Para pengunjung pasti akan jatuh cinta dengan koleksi teddy bear miliknya dan jika berminat mereka boleh membeli cenderahati teddy bear yang sama di kedai cenderahati di sana.

“Saya menganggap ia sebagai sebuah rumah yang penuh dengan memori. Saya dikelilingi ramai orang. Saya juga mempunyai beruang dalam ingatan orang-orang yang sudah meninggal dunia … Ia telah membawa ramai orang kembali ke kenangan zaman kanak-kanak mereka”, ‘kata Miley seperti yang dilaporkan Fox News.

Dalam pada itu Miley memberitahu, teddy bear yang paling bermakna buatnya ialah patung yang diperolehi ketika dia mengunjungi sebuah sekolah rendah di Minnesota.

Tambah manis, di dada patung itu diselitkan sekeping foto dirinya, sebagai hadiah kejutan untuknya.

‘Saya dibesarkan di rumah dan saya tiada banyak kenangan ketika waktu kecil dan hanya itu saja gambar yang saya ada, di usia saya 7 tahun,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.