Kuasa Lulus Pesta Arak Terletak Di Tangan PBT – KPN

KUALA LUMPUR — Kuasa sebenar meluluskan pesta minuman Jerman di Klang terletak pada pihak berkuasa tempatan (PBT), kata ketua polis negara.

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan kuasa tersebut terletak pada Majlis Perbandaran Klang (MPK) atau majlis daerah dan bukannya polis.

“Di pihak kami, kami tidak [bersetuju] dengannya [acara ini] kerana ada ancaman nyata berhubung isu ini,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

“Kami akan memberi nasihat kepada mereka,” tambahnya, dengan menegaskan bukan polis mengharamkan pesta tersebut, yang kini menjadi pertikaian ramai.

Polis sebelum ini menyatakan pesta arak di Kuala Lumpur tidak diluluskan oleh dewan bandar raya setelah wujud ancaman keselamatan terhadap pesta itu.

Sementara permohonan di Petaling Jaya tidak mendapat kelulusan susulan bantahan, termasuk wakil-wakil PAS.

MPK sebelum ini dilaporkan meluluskan pesta tersebut setelah polis menyokong permohonan permit tetapi membatalkan dengan alasan polis berubah pendirian. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.