Kerana Tamak, Kakak Kurung Adik Yang Pekak Dalam Almari Selama 7 Tahun

Seorang wanita tanpa hati perut telah mengurung adik angkatnya yang pekak di dalam almari selama tujuh tahun dengan sedikit air dan makanan serta diberikan baldi untuk kencing.

Susulan itu, Candy Lawson, 46, telah didapati bersalah kerana mendera adiknya itu, Dianna Churchill, 44, dengan niat untuk mencuri wang yang diberikan oleh badan kebajikan kepadanya.

Candy kini berdepan dengan hukuman penjara 13 ke 15 tahun dan hukuman akan ditetapkan pada 27 Oktober ini.

Diana dikurung dalam almari seluas 4×8 di Michigan. Pada 2009, abangnya, Justin Churchill, meninggal dunia di Kentucky. Dia juga cacat pendengaran seperti Diana.

Sementara Candy diberikan hak penjagaan Diana selepas ibu mereka meninggal dunia 10 tahun lalu. Dia cuba mempertahankan diri bahawa adiknya itu dikurung dalam bilik, bukan almari.

Dia juga memberitahu, dia perlu mengurung adiknya pada waktu malam bagi mengelakkannya merayau.

Dianna ditemui pada Julai 2015 selepas seorang lelaki, Robert Lamar, yang sedang membetulkan rumah itu menemui Diana dikurung dalam rumah. Dia kemudiannya melaporkan kepada polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.