Isteri Banting Tulang Kerja Di Luar Negeri, Suami Bangga Tayang Kekasih Di Facebook

Wanita ini merupakan warga Filipina yang sanggup bekerja di luar negara semata-mata untuk membantu keluarganya.

Setiap bulan Sittie Fairodz Utto mengirimkan wang ke kampung untuk merawat anaknya mereka yang sakit dan dijaga oleh suaminya.

Bagi tujuan mencari wang, dia terpaksa melakukan banyak pekerjaan dengan harapan suatu masa nanti dia dapat kembali ke kampung halaman dan berkumpul semula dengan keluarganya.

Namun ketika dia membuka Facebook, apa yang dilihat oleh Sittie amat memeranjatkan dan menghancurkan dunianya.

Sittie melihat gambar-gambar suaminya bersama dengan perempuan simpanan lelaki itu dalam selfie di atas katil.

Paling menyakitkan hati ialah kedua-duanya bangga bergambar berdua dalam keadaan yang menjelikkan itu. Mereka juga seakan tidak peduli jika Sittie melihat foto berkenaan.

Sittie mendapat simpati ribuan netizen namun ada juga yang menggelarnya sebagai bodoh kerana tidak meninggalkan lelaki itu.

Akhirnya Sittie mendedahkan dia mengetahui mengenai perselingkuhan antara suami dan kekasihnya itu namun dia membiarkannya kerana ingin memperbaiki keadaan dan kembali ke kampung halaman untuk tinggal bersama suaminya demi anak mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.