Foto Lentik Kilafairy Undang Komen Lucah

Gara-gara memuat naik foto badan melentik dan menonjolkan asetnya di Instagram, pelakon Kilafairy menerima komen berbaur lucah daripada peminat.

Selain usikan nakal, ada juga peminat memuji Kilafairy, 25 kerana berani menayangkan bahagian dada dan pinggulnya untuk perhatian umum.

Antara komen-komen ditinggalkan peminat berbunyi “merecik hawau” dan “sabun di bilik mandi, sabun” dan “sedapnya kalau dapat, aumm”.

Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan menjual pelbagai produk pelansingan badan dan kecantikan di ruang komen.

Pelakon yang memiliki potongan badan yang langsing itu sebelum ini sering tampil seksi dan gemar memuat naik foto untuk mempamerkan kecantikan tubuh badannya di laman sosial.

Bagaimanapun, Kilafairy dilihat tidak melatah dan hanya membiarkan sahaja netizen memenuhi ruang komen tersebut.

MStar Online melaporkan, anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu berkata dia tidak boleh menghalang apa yang mahu diperkatakan orang terhadapnya.

Baginya, setiap percakapan seseorang itu melambangkan tahap kecerdasan IQ mereka dan tidak kisah mengenainya kerana peminat juga banyak membantu menghargai karyanya.

“Mulut orang tak boleh nak tutup. Jadi, biarlah mereka nak cakap apa. Percakapan mereka itu melambangkan IQ mereka.

“Lagipun, mereka yang juga tolong lihat karya-karya saya. Kami memerlukan satu sama lain,” kata Kila ketika dihubungi.

Menerusi kapsyen yang ditulis, foto tersebut bertujuan untuk mempromosikan produk pelangsingan badan.

Sebelum ini selebriti Wak Doyok juga pernah meninggalkan komenberbaur lucah di Instagram aktres itu sehingga menjadi perbualan hangat netizen.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.