Bila Azmin Ali Mahu Tandatangani IBR? Keengganan Jadi Tanya Tanya

Sehingga hari ini, kerajaan Selangor masih belum menandatangani Ikrar Bebas Ra­suah (IBR) yang dipelopori oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Meskipun sudah beberapa kali SPRM menggesa kerajaan negeri itu berbuat demikian namun Selangor masih enggan memuktamadkannya.

Sepatutnya kerajaan negeri PKR Selangor perlu menunjukkan komitmen untuk menandatangani IBR itu untuk memerangi rasuah. Ia tidak sekadar cukup dengan alasan bahawa mekanisme yang digunapakai kerajaan negeri ketika ini untuk mencegah rasuah adalah lebih efektif berbanding IBR yang dilaksanakan di negeri-negeri lain.

Jika selama ini Pakatan Harapan bercakap soal rasuah, maka mereka harus memberikan sokongan kepada SPRM dalam melaksanakan tugasnya.

Negeri yang berada di bawah pemerintahan DAP Pulau Pinang dan PAS di Kelantan juga akhirnya akur untuk menandatangani IBR ini, hanya Selangor yang masih belum melaksanakannya lagi. Inilah yang membingungkan SPRM.

Sepatutnya Selangor menyahut seruan SPRM untuk membasmi rasuah dan ikrar ini adalah penting kerana ia menunjukkan komitmen kerajaan untuk mentadbir negara tanpa rasuah dan salah guna kuasa.

Jangan lupa, pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini telah dibayangi dengan tuduhan rasuah.

Pada Mei 2016, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli telah membuat dakwaan rasuah membabitkan “permintaan wanita” dan wang dalam kerajaan Selangor. Laporan dan buktinya mengenainya telah didedahkan oleh Rafizi kepada SPRM.

Begitu juga dengan Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang turut mempersoalkan mengenai pentadbiran Azmin.

Beberapa hari lalu, Chegubard yang juga Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), telah menyerahkan beberapa dokumen kepada SPRM berhubung isu penyelewengan tanah didakwa melibatkan menteri besar Selangor itu,

Chegu Bard menuntut SPRM menyiasat siasat urusniaga tanah bernilai RM1.8 bilion di Ijok, Kuala Selangor.

Azmin kini tiada alasan untuk menolak IBR. Tidak guna mengecam SPRM tidak telus sekiranya PKR Selangor sendiri tidak mahu menandatangi IBR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.