Bergaya, Baju Gadis Litar Tak Seksi

Kejayaan demi kejayaan ditempa pereka fesyen duo Rizman Ruzaini kini mampu berdiri megah.

Terbaru, sempena perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia yang berlangsung baru-baru ini pelbagai acara diadakan termasuk Festival Fesyen Stylo Kuala Lumpur.

Festival ini bertujuan memperkenalkan pereka fesyen tempatan selain pertunjukan fesyen Stylo juga menjemput pereka fesyen dari luar negara yang berbakat besar.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Rizman Ruzaini, dilihat dia ada memuatnaik beberapa gambar menunjukkan rekaan keluarannya dipilih menjadi baju sempena perlumbahan akhir Formula Satu Sepang 2017.

Rekaan berkenaan yang direka khas dengan fabrik istimewa dan berkonsep design budaya negara Malaysia dan penggunaan fabrik jenis renda untuk tampil berlainan.

Nampaknya nafas baru dari rekaan Rizman Ruzaini berjaya mempertontonkan busana indah dan mempesona ilham kebaya dan kurung kedah bakal disarung gadis-gadis jelita di litar, lapor MH.

Penggunaan material seperti ‘crepe’ digunakan demi memastikan kesemua gadis litar berada dalam keadaan selesa kerana mereka perlu berada di litar seawal jam 6 pagi hingga 5 petang.

Kesemua 64 baju yang dihasilkan adalah mengikut potongan badan setiap seorang gadis-gadis litar itu sendiri.

Ruangan komen di instagram Rizman Ruzaini juga dihujani pelbagai reaksi daripada pengikutnya di Instagram yang berbangga dengan pencapaiannya, ada juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.