Bangladesh Bincang Hantar Pulang 507,000 Rohingya

DHAKA – Bangladesh memulakan rundingan dengan negara jiran, Myanmar, hari ini dengan hajat untuk menghantar pulang lebih separuh juta pelarian Muslim Rohingya ke negara asal mereka.

Menurut seorang pegawai kementerian luar Bangladesh, lima cadangan akan menjadi tumpuan dalam rundingan dengan wakil kerajaan Yangon, Kyaw Tint Wse, di sini dalam usaha melaksanakan proses penghantaran pulang dengan kaedah terbaik.

“Kami tidak beranggapan krisis ini akan selesai hanya dalam satu mesyuarat,” kata pegawai yang enggan mendedahkan namanya kerana beliau tidak dibenarkan bercakap dengan media.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan insiden pelarian 507,000 etnik Rohingya, sejak 25 Ogos lalu sebagai darurat pelarian paling pantas berkembang di dunia dan mendakwa negara majoriti penduduk Buddha itu menjalankan pembersihan etnik terhadap penduduk minoriti Rohingya.

Bagaimanapun, Myanmar menafikan tuduhan itu walaupun insiden pelarian besar-besaran terbabit berlaku selepas operasi tentera memerangi pemberontak Rohingya, sejak 25 Ogos lalu. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.