Anding Nafi Terlibat Dalam Video Gay Lucah

KUALA LUMPUR — Belum seminggu kontroversi klip video lucah pelakon Eyka Farhana reda, seorang lagi artis terpalit dakwaan sama.

Kali ini melibatkan bekas peserta Akademi Fantasia (AF) Anding yang didakwa sebagai individu dalam klip bersama seorang lelaki, lapor mStar.

Namun Anding, nama sebenar Anding Indrawani Zaini, 34, menafikan beliau individu dalam rakaman yang tersebar di laman sembang Tumblr.

“Sudah tentu ia bukan saya! Hidung saya ada tahi lalat tapi lelaki tersebut tak ada. Apabila saya lihat lelaki tersebut, tak nampak pun ada iras saya.

“Saya masih boleh berfikiran waras dan tak akan buat perkara tidak senonoh seperti itu,” kata pelakonGhost 2 itu.

Beliau akan membuat laporan polis berikutan sebelum ini ada dakwaan mengaitkannya dengan video lucah tersebut.

Anding juga berharap masyarakat tidak menuduhnya mengamal gaya hidup songsang hanya kerana statusnya bujang dan kerap ke gimnasium.

“Mungkin atas sebab itu, mereka juga menyangkakan saya gay kerana tabiat saya suka menjaga badan dan kerap ke pusat kecergasan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.