Aktivis Islam Massachusetts Lancar Kempen Ke Kongres

CAMBRIDGE – Seorang ahli majlis perbandaran di Massachusetts di sini yang juga pengasas kumpulan aktivis melatih orang Islam Amerika bertanding jawatan kerajaan, melancarkan kempen memasuki Kongres Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Cubaan itu menjadikan beliau anggota beragama Islam ketiga dalam Kongres.

Nadeem Mazen, 34, ahli majlis perbandaran dua penggal, dijangka mengisytiharkan pencalonan sebagai anggota Demokrat untuk daerah di barat laut Boston, kerusi yang bakal kosong tahun depan kerana anggota Perwakilan Niki Tsongas, 71, memilih tidak bertanding penggal ketujuh, lapor BH.

Terkenal sebagai pegawai Muslim dipilih terbaik negeri itu, Mazen bercadang memfokuskan kempennya terhadap isu ekonomi.

Cubaannya untuk beralih daripada pejabat perbandaran ke dalam Kongres adalah sejajar dengan semangat Jetpac, kumpulan aktivis dilancarkan Februari lalu menyasar menggalakkan lebih ramai penduduk Islam bertanding.

Beliau juga bersiap sedia berdepan soalan berhubung pegangannya, ketika tinjauan menunjukkan ramai rakyat AS kurang jelas terhadap orang Islam, ingatan mereka dikaburi serangan 11 September 2001 dan pengeboman Boston Marathon 2013.

“Ramai tidak memahami mengapa saya Islam dan mempercayai agama saya mewajibkan saya berkhidmat kepada setiap rakyat AS dan Perlembagaan,” kata Mazen dalam temuramah.

Jika berjaya, beliau boleh menyertai Anggota Perwakilan Keith Ellison dari Minnesota dan Andre Carson dari Indiana, sebagai anggota Islam ketiga dalam Kongres.

Calon Demokrat lain termasuk Senator Barbara L’Italien; calon gabenor Steve Kerrigan; Daniel Koh, bekas ketua turus kakitangan kepada Datuk Bandar Boston Marty Walsh dan pemilik hotel, Abhijit Das.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.