50 Maut, Lebih 400 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Las Vegas

Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh manakala lebih 406 orang cedera dalam insiden tembakan terbesar yang berlaku di Amerika Syarikat. Kejadian itu berlaku di satu festival muzik di  Las Vegas, Nevada.

Penembak berkenaan dikenalpasti sebagai Stephen Paddock, 64, yang melepaskan tembakan dari sebuah bilik hotel, di tingkat 32, Hotel Mandalay Bay pada pukul 10 malam Ahad.

Paddock telah ditembak mati dalam bilik hotelnya. Manakala teman Paddock, Marilou Danley, telah disoal siasat namun pihak berkuasa tidak percaya dia terlibat sama dalam insiden tembakan itu.

Menurut saksi, beratus-ratus tembakan telah dilepaskan menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut.

Ia mengakibatkan banyak hotel ditutup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.