2 Wanita Mengaku Tak Bersalah Bunuh Jong-Nam

Dua wanita yang dituduh membunuh Kim Jong-nam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, menurut laporan Reuters.

Warga Vietnam, Doan Thi Huong dan warga Indonesia Siti Aisyah didakwa atas tuduhan membunuh abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un itu dengan menyapu muka mangsa dengan bahan kimia beracun, XV, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2(KLIA2) pada 13 Februari 2017.

XV merupakan bahan kimia yang diharamkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Menurut laporan itu lagi, kedua-dua wanita itu mengangguk apabila pertuduhan dibacakan.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Pelepasan KLIA2, pada kira-kira pukul 9 pagi 13 Februari, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Jong-nam yang menggunakan pasport tentera dengan nama Kim Chol meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.