Zahid Tidak Kecil Hati Dikritik

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akui tidak berkecil hati berhubung kritikan terhadap beliau yang berucap dalam bahasa Inggeris pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu ke-71 di New York baru-baru ini.

 

 

Sebaliknya, beliau secara sinis berkata apa yang lebih memalukan adalah sekiranya rakyat Malaysia yang lahir dan membesar di tanah air tetapi tidak mampu bercakap dalam bahasa Melayu.

 

 

“Sebagai orang Malaysia perlu fahami bahawa di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung.

 

“(Ini lebih baik) berbanding dengan rakyat Malaysia yang telah 25 tahun tinggal di negara ini tetapi masih tidak fasih berbahasa Melayu,” katanya petik sebuah portal.

 

 

Jumaat lalu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata mesej yang disampaikan Ahmad Zahid pada Perbahasan Umum PBB itu diterima baik oleh negara anggota badan dunia itu dan orang ramai diminta memahami intipati ucapan Zahid.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.