UMNO Bahagian Diingatkan Jangan Terlalu Fikir Jawatan

SIMPANG RENGGAM – Kepemimpinan UMNO Bahagian diingatkan supaya tidak terlalu memikirkan isu jawatan atau kedudukan dalam parti, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 

Beliau berkata, kepemimpinan UMNO Bahagian sepatutnya lebih memberi fokus kepada kemenangan parti dan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, lapor sebuah portal.

 

“Saya tahu ketika ini ada pemimpin di peringkat bahagian sudah mula memikirkan kedudukan dalam parti. Belum tentu mereka yang ada jawatan dalam peringkat bahagian dipilih sebagai calon kerana yang diutamakan adalah mereka yang disukai rakyat dan boleh menang.

 

“Saya harap ahli parti di pelbagai peringkat membuat persiapan rapi bagi menghadapi PRU akan datang dan UMNO serta BN terus mendapat mandat rakyat,” katanya.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.