PM Selfie Bersama Usher

SEPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat merakamkan selfie bersama penyanyi R&B, Usher di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena Grand Prix Formula 1 Petronas Malaysia 2016 yang berlangsung pada hari ini.

 

 

Gambar itu dirakam petang tadi dikongsi di laman Facebooknya.

 

 

“Selfie bersama Usher di F1 Petronas Grand Prix. Seorang yang peramah,” tulis Najib di Facebook.

 

 

Terdahulu, kehadiran penyanyi antarabangsa Usher yang kini berada di tanahair turut mendapat perhatian orang ramai dan netizen di internet.

 

 

Usher berada di negara ini untuk menjayakan sebuah persembahan ‘F1 After-Race Concert’.

 

 

Sebelum itu, Usher memuat naik gambarnya bersama dan ibu bapa Yuna dan menjadi perbualan hangat di media sosial.
Yuna dan Usher pernah bekerjasama untuk Crush yang merupakan single pertama dari album antarabangsa ketiga Yuna, Chapters.

 

 

Perlawanan F1 telah berakhir dengan pemandu Red Bull Racing Daniel Ricciardo dari Australia membukitkan keunggulan selepas menjuarai Grand Prix F1 edisi ke-18.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.