Pertemuan Usher Dengan Keluarga Yuna Jadi Bualan Hangat Netizen

Pertemuan penyanyi antarabangsa Usher dengan keluarga penyanyi Yuna di Malaysia mendapat perhatian netizen hari ini apabila dia memuat naik gambar bersama ibu bapa Yuna di twitter.

 

Bagaimanapun, Yuna tidak dapat bersama-sama dalam pertemuan itu kerana dia kini sibuk dengan konsert jelajah di Amerika Syarikat.

 

Dalam satu temuramah dengan Harian Metro, Usher memberitahu dia sudah jatuh hati dengan bakat Yuna dan berharap penyanyi itu sudi menjadi penerbit albumnya yang akan datang.
Mereka sebelum ini bekerjasama dalam lagu Crush, yang merupakan single pertama dari album antarabangsa ketiga Yuna, Chapters.

 

 

Terdahulu, Usher yang menjayakan satu persembahan bersempena kejohanan Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), yang berlangsung hari ini

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.