Peminat Tunggu Song Ji Hyo Awal Pagi

KUALA LUMPUR – Kira-Kira 500 peminat bintang Running Man, Song Ji Hyo, sanggup menunggu seawal jam 6.30 pagi di hadapan sebuah kompleks di Jalan Bukit Bintang, di sini.

 

Beliau hanya dijadualkan muncul merasmikan pembukaan butik kasut Shoopen, pada jam 10.30 pagi, kelmarin.

 

Ji Hyo melahirkan rasa terharu dengan sambutan peminat, malah tidak lupa memohon maaf sebaik dimaklumkan pengacara majlis mengenai pengorbanan peminatnya yang rela berkampung sejak awal pagi, kerana muncul pada jam 10.30 pagi.

 

“Terima kasih semua. Saya berbesar hati berpeluang berada di sini dan diberikan sambutan yang sangat meriah. Saya juga minta maaf kalau anda terpaksa menunggu lama,” katanya, memetik sebuah portal.

 

Ji Hyo adalah satu-satunya peserta wanita dalam program pertandingan realiti popular Korea Selatan, Running Man yang menjadi fenomena global sejak diterbitkan kira-kira enam tahun lalu.

 

 

Terdahulu, sorakan bergema sebaik sahaja bas yang membawa Ji Hyo berhenti di laluan masuk ke premis berkenaan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.