Nama Dalang MH17 Disahkan Hujung Tahun Ini

SYDNEY- Menteri Luar Australia, Julie Bishop hari ini memberitahu, nama-nama mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine pada 2014 akan disahkan hujung tahun ini.

 
“Menjelang hujung tahun ini atau tahun depan, senarai nama mereka yang dipercayai bertanggungjawab akan disahkan dan kemudian mesti ada pendakwaan,” katanya, lapor Reuters.

 

 

Rabu lalu, pasukan penyiasat antarabangsa memaklumkan pesawat penumpang itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Russia dari kawasan perkampungan anggota pemberontak pro-Russia di timur Ukraine.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.