Lelaki Mengamuk, Serang Kedai Peranti Apple

Seorang lelaki mengamuk di sebuah kedai peranti Apple di Perancis dengan merosakkan telefon serta tablet yang terdapat di kedai itu menggunakan bola logam.

 

Lelaki itu didakwa memasuki kedai yang terletak di sebuah pusat beli-belah di Dijon, sebelum memecahkan skrin telefon dan tablet menggunakan bola logam sebesar penumbuk, yang kebiasaannya digunakan dalam sejenis sukan bowling di Perancis.

 

“Saya sudah beri amaran supaya mereka membayar ganti rugi, tapi mereka enggan,” kata lelaki itu kepada pelanggan lain.

 

Dia kemudiannya ditahan oleh seorang pengawal keselamatan.

 

Lelaki itu menyebabkan kerosakan kira-kira 55,000 euros ($56,000), kata peguam Marie-Christine Tarrare.

 

Pendakwaraya Perancis kemudiannya memaklumkan akan mempercepatkan perbicaraan terhadap lelaki tersebut.

 
Pihak Apple setakat ini belum memberi maklum balas berhubung insiden yang berlaku pada Khamis itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.