Keluarga Sakinah Berlepas Ke Paris

SUNGAI PETANI – Keluarga Nur Shakinah Naim, 19, pelajar dari Malaysia yang mengikuti pengajian di Paris, bertolak ke Kuala Lumpur tadi, sebelum ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) bagi menaiki penerbangan ke ibu negara itu awal pagi ini.

 

Kedua ibu bapanya, Naim Awang, 46, dan Nur Halizah Ahmad, 43, ditemani seorang ahli keluarga dibawa dengan van dari rumah mereka di Kampung Masjid, Tikam Batu, di sini kira-kira jam 9.20 pagi tadi, lapor BH.

 

Apabila tiba di Kuala Lumpur, Naim dan isteri akan berehat sebentar di hotel sebelum ke KLIA bagi menaiki penerbangan Emirates ke Paris kira-kira jam 2.10 pagi ini.

 

Naim dan isteri dijangka tiba di Paris, Perancis kira-kira 1.30 tengahari waktu Perancis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.