Taliban Dakwa Tembak Jatuh Pesawat C-130 Amerika

JALALABAD – Puak Taliban hari ini mendakwa menembak jatuh pesawat pengangkut C-130 di timur Afghanistan dengan NATO mengesahkan 11 orang termasuk enam askar Amerika Syarikat terbunuh dalam kejadian itu.

 

NATO tidak mengesahkan punca pesawat berkenaan terhempas tetapi ia berlaku ketika tentera Afghanistan yang dibantu pasukan khas NATO dan sokongan udara AS, mara hingga ke tengah bandar Kunduz yang ditawan Taliban Isnin lalu.

 

“Mujahidin kami menembak jatuh pesawat empat enjin AS di Jalalabad,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid menerusi Twitter.

 

“Berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai, 15 pasukan penceroboh dan sebilangan tentera boneka terbunuh.”

 

Taliban terkenal membuat dakwaan secara melampau mengenai kejayaan di medan perang dan NATO pula belum menyatakan butiran insiden itu. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.