Setpol MB Pahang Nafi Dakwaan, Adnan Yaakob Tak Sokong Najib

Kuala Lumpur – Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Datuk Shamsuddin Haji Nawawi menafikan dakwaan kononnya Datuk Seri Adnan Yaakob tidak lagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

 

Shamsuddin ketika dihubungi SuaraTV berkata dan isu tersebut sengaja dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu untuk memburuk imej Adnan sambil menyifatkan ia sebagai tuduhan liar yang tidak mempunyai asas.

 

“Kalau lihat dari segi format dan teknikal nampak jelas ia merupakan isu yang sengaja direka cipta untuk mencalarkan imej MB Pahang, contohnya kalau kita berbual melalui aplikasi Whatsapp kenyataan mereka yang mengirim pesanan sepatutnya berada di sebelah kanan manakala kenyataan mereka yang menerima pesanan akan berada disebalah kiri.

 

“Malah terdapat beberapa ayat yang sengaja dipadamkan, sedangkan kalau benar ia merupakan satu pendedahan individu yang mneyebarkannya seharusnya memaparkan keseluruhan perbualan tersebut. Mungkin dia takut orang lain boleh melihat nama dia atau sebagainya, itu saya tidak tahu” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Menurut Shamsuddin lagi blog tersebut sengaja diwujudkan bagi merosakkan imej dan memfitnah majikannya.

 

“Setelah meneliti blog terbabit saya dapati artikel tersebut merupakan satu-satunya artikel yang dimuatnaik, seolah-olah ia baru diwujudkan (dan) kemungkinan tiada lagi posting lain selepas ini kerana ia diwujudkan untuk merosakkan imej dan memfitnah MB Pahang semata-mata.

 

“Saya yakin ia merupakan paparan imej yang palsu dari pihak yang tidak bertangubgjawab (kerana) bagaimana Datuk KCK (Ketua Cawangan Khas) boleh berada dalam group Whatsapp MT sedangkan beliau bukan ahli politik atau memegang sebarang jawatan dalam Umno” soalnya pula.

 

SuaraTV lewat malam tadi melaporkan dakwaan yang dikeluarkan oleh laman blog ‘Najib Lame Duck’, berhubung penyebaran Whatsapp yang mengaitkan Adnan Adnan dengan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Pahang, Datuk Ridzuan Hashim.

 

Melalui perbualan itu Adnan dikatakan memanggil Najib sebagai penipu dan bakal kehilangan jawatan sebagai Perdana Menteri Ogos ini. – SuaraTV

 

 

 

BACA: Printscreen MB Pahang Kata Najib Penipu, Tersebar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.