Polis Kelantan Nafi Kanak-Kanak Malaysia Minta Sedekah Di Thailand

KOTA BHARU – Polis Kelantan pada Khamis menafikan dakwaan kononnya seorang kanak-kanak Malaysia ditemui sedang meminta sedekah oleh Polis Thailand di negara jiran itu.

 

Jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan berkata dakwaan itu, yang kini viral dalam sosial media, pernah disebarkan di laman sosial Facebook pada 21 Mei 2014.

 

“Perkara ini telah viral pada 21 Mei 2014 dan ia tidak benar,” katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Zaharudin Rasip ketika dihubungi turut menyangkal pegawai penyiasatnya telah ke Thailand untuk menyiasat perkara itu.

 

“Tiada pegawai penyiasat dihantar ke Thailand hari ini,” katanya. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.