Perkhidmatan Uber Diharamkan Di Rio

RIO DE JANEIRO – Perkhidmatan teksi alternatif, Uber diharamkan di Rio selepas Datuk Bandar, Eduardo Paes meluluskan undang-undang baharu, semalam.

 

Menurut CNN Money, undang-undang tersebut menyatakan perkhidmatan teksi tidak rasmi, termasuk Uber akan didenda jika ditangkap.

 

Beberapa bandar di Brazil yang lain termasuk Sao Paulo juga bakal menguatkuasakan undang-undang sama.

 

Kerajaan negeri juga bakal menyediakan sebuah applikasi percuma kepada pengguna teksi awam yang membolehkan pengguna mengemukakan aduan terhadap perkhidmatan sedia ada.

 

Pengharaman Uber di Brazil bagaikan satu pukulan terhadap perkhidmatan tersebut yang kini berdepan masalah dengan pihak berkuasa di beberapa negara lain, termasuk Malaysia.

 

Pemandu teksi-teksi awam di negara-negara tersebut kecewa kerana perkhidmatan alternatif mengganggu punca rezeki mereka.

 

Sesetengah pihak pula menuduh Uber beroperasi tanpa lesen yang sah. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.