Pemimpin PAS Kelantan Cedera Ditampar Ahli Parti

KOTA BHARU – Ketua Pas Kawasan Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron, cedera di bahagian hidungnya apabila ditampar oleh ahli Pas sendiri abdul-fatah- cedera di hidungdalam satu Majlis Dialog Bersama Ahli dan Jawatankuasa Peti Undi Banggol Kulim, Rantau Panjang, malam tadi.

 

Difahamkan, kejadian berlaku sebelum majlis bermula apabila seorang ahlinya yang dikenali sebagai Rozi Noh bertindak menampar Abdul Fatah berpunca daripada rasa tidak puas hati mengenai pembahagian geran tanah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Bukit Tandak dan bukannya berkait dengan masalah parti.

 

Akibat tamparan kuat itu, cermin mata yang dipakai oleh Abdul Fatah patah manakala cerminnya pula mengenai di bahagian hidung sehingga menyebabkan luka.

 

Suspek kejadian bagaimanapun dikatakan bertindak meninggalkan majlis dan menghilangkan diri selepas kejadian terbabit.

 

Abdul Fatah di dalam laman Facebooknya turut meminta ahli Pas kawasan berkenaan supaya bertenang dan merayu supaya jangan membuat sebarang tindak balas secara persendirian kepada individu yang menceritakannya dan memohon agar menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

 

Kata bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang itu, insiden yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam itu, sepatutnya diserahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil sebarang tindakan yang sepatutnya.

 

Akhir sekali dalam laman Facebook miliknya, Abdul Fatah yang terkenal sebagai pemimpin Pas yang sentiasa lantang dengan sindiran `pedas’ turut menyelitkan kata-kata: “Percayalah bahawa Allah SWT akan bersama orang yang sabar”.

 

Sementara itu, Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian terbabit. Katanya punca kejadian akan disiasat dan motif awal dipercayai akibat masalah peribadi.

 

“Polis masih mencari suspek yang kini dipercayai menghilangkan diri sebaik kejadian,” katanya. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.