Parti Amanah Dapat Kelulusan RoS – Mat Sabu

GEORGE TOWN – Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini mengesahkan Parti Amanah Negara (Amanah) yang diketuainya telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

 

“Kami baru sahaja menerima berita baik hari ini. Oleh itu, kini secara rasminya PAN (Amanah) adalah sebuah parti rasmi,” kata Mohamad Sabu yang merupakan Presiden Amanah dalam satu sidang media sebentar tadi dipetik dari AntaraPos.

 

Dalam kenyataan yang sama, Mohamad Sabu yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu juga mengesahkan RoS meluluskan pertukaran nama Parti Pekerja Malaysia (PPM) kepada Parti Amanah Negara.

 

PAN atau Amanah sebelum ini lahir dari penjenamaan semula Parti Pekerja Malaysia yang diambil alih pada Ogos lalu oleh sekumpulan pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti pada Jun 2015.

 

Sehingga kini parti Amanah mendakwa telah merekodkan pendaftaran lebih 30,000 ahli dan menjangkakan jumlah itu akan meningkat 100,000 ahli menjelang hujung tahun ini dengan kebanyakannya merupakan bekas ahli dan penyokong PAS. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.