11 Terbunuh Pesawat C-130 Tentera AS Terhempas Di Afghanistan

WASHINGTON – Sebelas orang termasuk enam tentera AS terbunuh apabila sebuah pesawat kargo tentera C-130 terhempas pada awal pagi Jumaat di Jalalabad, timur Afghanistan.

 

“Semua kru dan penumpang terbunuh,” kata Kolonel Tentera Darat AS, Brian Tribus, sambil menambah lima kontraktor awam turut berada dalam pesawat itu.

 

Kontraktor berkenaan berkhidmat dengan pasukan ‘Resolute Support’, misi latihan yang diterajui NATO.

 

Pesawat kargo Hercules C-130 dikeluarkan Lockheed Martin. Ia dijana empat enjin turboprop dan digunakan secara meluas oleh tentera untuk membawa anggota, jentera serta peralatan berat.

 

Pesawat C-130 boleh berlepas dan mendarat di landasan tidak berturap sekali pun. Sebab itulah ia digunakan secara meluas oleh tentera AS terutama ketika beroperasi di kawasan mencabar.

 

Jalalabad terletak di timur Afghanistan, dekat dengan sempadan Pakistan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.