Sukan Asia: Hoki Tewas Penentuan Gangsa Kepada Korea Selatan

Incheon – Korea Selatan terus menjadi duri dalam daging buat skuad hoki negara di Sukan Asia apabila menafikan skuad bimbingan Arul Selvaraj itu untuk sekurang-kurangnya membawa pulang gangsa, hari ini.

Pada penentuan pingat terakhir yang ditawarkan di Stadium Hoki Seonhak itu, Malaysia tewas 3-2 yang juga kekalahan kedua negara berdepan Korea Selatan di temasya sama.

Hadir dengan misi membalas dendam selepas kekalahan di peringkat kumpulan, 25 September lalu, skuad negara begitupun bermula perlahan selepas ketinggalan 2-0 memasuki suku ketiga perlawanan.

Malaysia cuba bangkit dengan jaringan Muhammad Razie Abd Rahim pada suku ketiga permainan namun Korea yang mendapat sokongan padu penonton sendiri terus gagal dibendung untuk menambah jaringan ketiga.

Gol itu begitupun tidak menghalang Muhammad Razie untuk menambah gol kedua negara namun kebangkitan yang diharapkan pada suku keempat tidak kesampaian dengan tiada gol berjaya dijaringkan.

Gol Korea disumbang Kim Youngjin dan dua jaringan hasil Jang Jonghyun.

Empat tahun lalu di Guangzhou, China, Malaysia memenangi pingat perak selepas tewas kepada Pakistan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.