Sukan Asia: Chee Wei Sumbang Emas Menerusi Karate

Incheon – Karate menyumbang pingat emas seterusnya buat kontinjen negara di Sukan Asia, di sini menerusi Lim Chee Wei dalam acara kata lelaki individu di Gimnasium Gyeyang, sebentar tadi.

Chee Wei menewaskan atlet Indonesia, Fidelys Lolobua dengan keputusan 3-2 dalam final yang penuh debar sebelum mencatat kemenangan.

Kemenangan di Incheon memastikan negara terus mempertahankan emas dimenangi Ku Jin Keat dalam acara sama di Guangzhou, China, empat tahun lalu.

Di Guangzhou, skuad karate negara menyumbang dua emas kepada keseluruhan emas dimenangi kontinjen negara menerusi R Puvaneswaran dan Jin Keat namun kedua-duanya sudah bersara.

Di separuh akhir, Chee Wei menewaskan atlet Jepun, Issei Shimbaba dengan keputusan 4-1.

Chee Wei sememangnya menjadi harapan pingat negara selepas menyumbang emas dalam acara sama ketika Sukan SEA di Myanmar, tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.