Ras Adiba Masuk ICU Kerana Diserang Sawan

Kuala Lumpur – Personaliti televisyen yang tidak asing lagi dalam dunia penyiaran tempatan, Ras Adiba Mohd. Radzi kini terlantar di hospital akibat demam.

Menerusi laman Facebook milik adiknya, Ras Afiona Radzi memaklumkan kakaknya yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital itu turut diserang sawan.

“Hai semua.. Kakak saya Ras Adiba Radzi kini berada di wad ICU (Unit Rawatan Kecemasan). Dia mengalami demam dan sawan malam tadi. Doakan dia supaya cepat sembuh,” katanya dalam laman Facebooknya.

Apa pun, semoga Ras Adiba cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa sebagai wanita OKU yang cekal dan bersemangat tinggi.

Pada 27 Julai tahun lalu, Ras Adiba, 46, bernikah kali kedua dengan Ilias Yaakop, 46, yang merupakan seorang instruktor penyelam dan juga penasihat kewangan.

Ras Adiba sebelum ini pernah mencipta nama sebagai salah seorang penyampai televisyen popular sebelum terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu pulang daripada membuat liputan bola sepak Piala Malaysia pada 1996.

Kerana kemalangan tersebut juga, wanita yang mesra dengan panggilan Dib itu mengalami nasib yang lebih malang apabila pada pertengahan tahun 2002 yang lalu, dia menjadi lumpuh separuh badan dari pinggang ke kaki.

Sebelum itu, Ras Adiba menjalani kehidupan sebagai sebagai wanita solo di samping anak tercinta, Umar Ras Engel Abdullah, 7, selama 14 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.