Perdana Menteri Pengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera

Putrajaya – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera di Bangunan Perdana Putra.

Mesyuarat kira-kira dua jam itu antara lain membincangkan berkenaan inisiatif dan program bagi memperkasa ekonomi Bumiputera sebelum Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2015 pada Jumaat depan.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Husni Salleh.

Majlis Ekonomi Bumiputera ditubuhkan bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera, sebagai peneraju utama strategi untuk memperkasa ekonomi Bumiputera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.